Saturday, October 3, 2009

itu makna dari hati aku..

makna sebuah perkahwinan buat aku..
penyatuan 2jiwa yang punya rasa cinta yang sama..2perasaan yang melahirkan 1jiwa yang menyenangkan..yang sentiasa menerbitkan rasa bahagia..yang menambahkan lagi seri hidup..bukannye paksaan dalam menyatukan 2jiwa..tiada paksaan dalam menyatukan 2insan yang tidak memahami diri masing2..memang banyak perkara yg indah dalam perkahwinan..xkurang juga yang menyakitkan..tp, itu adalah lumrah kehidupan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..yang paling penting, keserasian diantra 2jiwa yg saling mecintai..untuk terus menjalani kehidupan bersama..untuk terus memaknakan erti kehidupan..insyallah..

sungguh, aku cinta dia..!!!

itu tidak ade siape yang boleh nafikan..mereka nampak kegembiraan aku bersama dia...aku mohon pengertian dari yang lain..fahamila hati dan perasaan aku..

jika..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah kamumemberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi

Begitu juga jika kamumemiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kmu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya. Kamu juga yang akan menyesal